Sudut-sudut Menarik di Pusat Sumber Al-Hikmah

Selain daripada aktiviti meminjam dan membaca buku yang acapkali dikaitkan dengan pusat sumber, Pusat Sumber Al-Hikmah turut menyediakan sudut-sudut lain, khas untuk pelbagai tujuan. Antaranya ialah Sudut Pameran, Sudut Interaksi Maya, Sudut Rakan Pembaca (Teater Mini), dan sebagainya.

1. Sudut Pameran
Barangan yang dipamerkan di Sudut Pameran

Sudut Pameran ini menempatkan pelbagai peralatan yang digunapakai pada zaman dahulu. Contoh peralatan yang dipamerkan ialah labu sayong, bubu, barangan hasil kraf, seterika antik dan juga tepak sirih. Tujuan sudut ini diwujudkan adalah bagi memberi pelajar tahu dan kenal dengan barangan yang digunakan dari dulu. 

2. Sudut Interaksi Maya

Komputer di Sudut Interaksi Maya

Sudut Interaksi Maya merupakan sudut yang terletaknya komputer dan merupakan sudut bagi para pelajar mengakses internet. Di sudut ini juga, diletakkan senarai laman web yang boleh digunakan untuk membantu PDP. Secara tidak langsung, pelajar dapat mengakses internet di laman yang betul. 

3. Sudut Rakan Pembaca (Teater Mini)

Sudut Rakan Pembaca (Teater Mini) 

Sudut ini merupakan sudut bagi aktiviti bercerita dilakukan. Ada antara guru yang menggunakan sudut ini untuk mengajar dengan menggunakan kaedah bercerita. Selain dari guru, pelajar juga boleh menggunakan sudut ini bagi mengembangkan lagi bakat yang ada dalam bercerita. 
4. Sudut Meja Kerja

Sudut Meja Kerja

Sudut ini menempatkan meja kerja bagi mesin-mesin seperti mesin pemotong kertas, mesin 'laminating' dan juga mesin 'binding'. Pelajar-pelajar boleh meminta bantuan guru PSS sekiranya ingin menggunakan khidmat laminating, binding, mahupun memotong kertas.
 


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah Sekolah Kebangsaan Kampong Perak

Carta Organisasi Pentadbiran dan Staf Sokongan Sek Keb Kampong Perak