Posts

Showing posts from August, 2017

Sudut-sudut Menarik di Pusat Sumber Al-Hikmah

Image
Selain daripada aktiviti meminjam dan membaca buku yang acapkali dikaitkan dengan pusat sumber, Pusat Sumber Al-Hikmah turut menyediakan sudut-sudut lain, khas untuk pelbagai tujuan. Antaranya ialah Sudut Pameran, Sudut Interaksi Maya, Sudut Rakan Pembaca (Teater Mini), dan sebagainya. 1. Sudut Pameran   Barangan yang dipamerkan di Sudut Pameran Sudut Pameran ini menempatkan pelbagai peralatan yang digunapakai pada zaman dahulu. Contoh peralatan yang dipamerkan ialah labu sayong, bubu, barangan hasil kraf, seterika antik dan juga tepak sirih. Tujuan sudut ini diwujudkan adalah bagi memberi pelajar tahu dan kenal dengan barangan yang digunakan dari dulu.  2. Sudut Interaksi Maya   Komputer di Sudut Interaksi Maya Sudut Interaksi Maya merupakan sudut yang terletaknya komputer dan merupakan sudut bagi para pelajar mengakses internet. Di sudut ini juga, diletakkan senarai laman web yang boleh digunakan untuk membantu PDP. Secara tidak langsung, pelajar dapat mengaks

Sejarah Sekolah Kebangsaan Kampong Perak

Image
  Sekolah Kebangsaan Kampong Perak Sekolah Kebangsaan Kampung Perak merupakan sebuah sekolah kebangsaan harian (luar bandar) yang terletak di Kampung Perak, Batu Kurau, Perak. Sekolah ini merupakan sekolah rendah kerajaan yang mula ditubuhkan pada tahun 1901. Mengikut sejarah awalnya, sekolah ini asalnya telah dibina di Kampung Padang Lalang dengan nama Sekolah Melayu Kampung Perak. Ia didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Ketua kampung pada ketika itu, iaitu Tuan Haji Ahmad b. Tok Semanggit merupakan orang yang bertanggungjawab bagi menyelenggarakan pembinaan sekolah tersebut.  Guru pertama yang mengajar di Sekolah Melayu Kampung Perak ialah Syeikh Omar dengan bilangan murid seramai 30 orang sahaja. Pada tahun 1904 sekolah ini telah dipindahkan ke Banggul Ara. Tapak ini dipilih kerana kedudukannya terletak di persimpangan jalan di antara Batu Kurau, Kampung Anak Kurau dan Kampung Sempeneh. Sekolah ini dibina secara bergotong-royong dalam bentuk bangsal s

Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah Al-Hikmah

Image
1. Pinjaman Buku ๐Ÿ˜€๐Ÿ““ 2. Pusat Mengakses Internet๐Ÿ˜๐Ÿ’ป 3. Pusat Bacaan Guru & Murid ๐Ÿ™Œ๐Ÿ“–๐Ÿ“ฐ 4. Perkhidmatan Laminating & Binding๐Ÿ“ ๐Ÿ“” 5. Pusat Rekreasi Minda ๐Ÿ†๐ŸŽฎ๐ŸŽฏ๐ŸŽฒ