Posts

Sudut-sudut Menarik di Pusat Sumber Al-Hikmah

Image
Selain daripada aktiviti meminjam dan membaca buku yang acapkali dikaitkan dengan pusat sumber, Pusat Sumber Al-Hikmah turut menyediakan sudut-sudut lain, khas untuk pelbagai tujuan. Antaranya ialah Sudut Pameran, Sudut Interaksi Maya, Sudut Rakan Pembaca (Teater Mini), dan sebagainya. 1. Sudut Pameran   Barangan yang dipamerkan di Sudut Pameran Sudut Pameran ini menempatkan pelbagai peralatan yang digunapakai pada zaman dahulu. Contoh peralatan yang dipamerkan ialah labu sayong, bubu, barangan hasil kraf, seterika antik dan juga tepak sirih. Tujuan sudut ini diwujudkan adalah bagi memberi pelajar tahu dan kenal dengan barangan yang digunakan dari dulu.  2. Sudut Interaksi Maya   Komputer di Sudut Interaksi Maya Sudut Interaksi Maya merupakan sudut yang terletaknya komputer dan merupakan sudut bagi para pelajar mengakses internet. Di sudut ini juga, diletakkan senarai laman web yang boleh digunakan untuk membantu PDP. Secara tidak langsung, pelajar dapat mengaks

Sejarah Sekolah Kebangsaan Kampong Perak

Image
  Sekolah Kebangsaan Kampong Perak Sekolah Kebangsaan Kampung Perak merupakan sebuah sekolah kebangsaan harian (luar bandar) yang terletak di Kampung Perak, Batu Kurau, Perak. Sekolah ini merupakan sekolah rendah kerajaan yang mula ditubuhkan pada tahun 1901. Mengikut sejarah awalnya, sekolah ini asalnya telah dibina di Kampung Padang Lalang dengan nama Sekolah Melayu Kampung Perak. Ia didirikan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Ketua kampung pada ketika itu, iaitu Tuan Haji Ahmad b. Tok Semanggit merupakan orang yang bertanggungjawab bagi menyelenggarakan pembinaan sekolah tersebut.  Guru pertama yang mengajar di Sekolah Melayu Kampung Perak ialah Syeikh Omar dengan bilangan murid seramai 30 orang sahaja. Pada tahun 1904 sekolah ini telah dipindahkan ke Banggul Ara. Tapak ini dipilih kerana kedudukannya terletak di persimpangan jalan di antara Batu Kurau, Kampung Anak Kurau dan Kampung Sempeneh. Sekolah ini dibina secara bergotong-royong dalam bentuk bangsal s

Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah Al-Hikmah

Image
1. Pinjaman Buku ๐Ÿ˜€๐Ÿ““ 2. Pusat Mengakses Internet๐Ÿ˜๐Ÿ’ป 3. Pusat Bacaan Guru & Murid ๐Ÿ™Œ๐Ÿ“–๐Ÿ“ฐ 4. Perkhidmatan Laminating & Binding๐Ÿ“ ๐Ÿ“” 5. Pusat Rekreasi Minda ๐Ÿ†๐ŸŽฎ๐ŸŽฏ๐ŸŽฒ

Panduan Peraturan Di Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Perak (Pusat Sumber Al-Hikmah)

Image
1. Tidak dibenarkan membawa masuk makanan, minuman, beg, topi keledar ke dalam pusat sumber sekolah.   2. Dilarang membuat bising, berbual-bual atau bersiul . 3. Meletakkan kembali buku yang telah digunakan ke tempat yang telah ditetapkan. 4. Proses peminjaman buku perlu melalui prosedur peminjaman buku yang telah ditetapkan. 5. Pemulangan buku harus mengikut tarikh yang telah ditetapkan. 6. Murid-murid hanya dibenarkan meminjam atau memulangkan buku pada waktu rehat sahaja.

Gotong Royong Membersihkan Kawasan Sekolah (Program Sekolah Perak Bersih)

Image
Tarikh : 19 Julai 2017 Tempat : Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampong Perak Pusat Sumber Sekolah sebelum Program Gotong Royong berlangsung Pusat Sumber Sekolah sebelum Program Gotong Royong berlangsung Pusat Sumber Sekolah sebelum Program Gotong Royong berlangsung Pusat Sumber Sekolah selepas Program Gotong Royong berlangsung Pusat Sumber Sekolah selepas Program Gotong Royong berlangsung

Introdusir

Pusat Sumber Sekolah merupakan gedung ilmu yang menjadi nadi penggerak atau elemen penting di sesebuah sekolah. Sekolah Kebangsaan Kampung Perak telah mewujudkan Pusat Sumber Sekolah dengan prasarana yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran. Warga gerak kerja Pusat Sumber Sekolah telah berusaha untuk merealisasikan impian Pusat Sumber Sekolah sebagai pusat hentian maklumat bagi memenuhi keperluan murid-murid dan warga pendidik serta kakitangan sekolah dan komuniti persekitaran. Konklusinya, diharapkan agar Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Kampung Perak menjadi pusat peneraju maklumat yang dapat melahirkan generasi yang membudayakan ilmu serta seiring dalam menjana pembangunan negara.

Carta Organisasi Pentadbiran dan Staf Sokongan Sek Keb Kampong Perak

Image
Guru Besar : En. Zamri bin Yakin Penolong Kanan Pentadbiran : En. Ismail bin Mat Shariff Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) : Pn. Azima binti Abdul Rahman Penolong Kanan Kokurikulum : Pn. Rafeah binti Nasir Penolong Kanan Pendidikan Khas : Pn.Rusmawati binti Mohamad Pembantu Tadbir (Kewangan) : En. Hasni bin Tajul Ariffin Pembantu Tadbir (Perkhidmatan) : Pn. Norimah binti Abdul Rahim Pembantu Operasi (Pejabat) : Pn. Norazlina binti Baharudin Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) : Pn. Juliana binti Zakaria Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) : Pn. Noor Raini binti Ariffin Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) : Pn. Rusnita binti Ismail Pembantu Pengurusan Murid (Prasekolah) : Pn. Zaleha binti Zakaria Pengasuh Sambilan (Prasekolah) : Pn. Jamilah binti Mohd Piah